FUN CHEM UKM
Pengenalan
Kem Sains UKM merupakan program tahunan pada cuti sekolah yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi. Kem Sains UKM diadakan untuk mempromosikan sains kepada pelajar sekolah menengah dengan menjalankan aktiviti sains yang komperehensif secara tidak formal dan mendedahkan para pelajar tentang dunia sains dalam kehidupan seharian. Program ini ditawarkan kepada pelajar sekolah berumur 13-15 tahun (kategori senior) dan 8-12 tahun (kategori junior). Kem Sains UKM memperkenalkan modul dalam Bahasa Melayu sejajar dengan matlamat UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara.