Modul ini akan merangkumi operasi asas mikrokontroler menggunakan komponen elektronik dan elektrikal, komunikasi mudah alih asas, bahagian-bahagian satelit dan bagaimana ia dilancarkan, pengembangan satelit dan rangkaian telekomunikasi. Terakhir, mereka akan belajar bagaimana sistem tenaga, bandar dan pengangkutan saling berkaitan dengan teknologi komunikasi tanpa wayar.
Asas Elektronik Litar Peserta diberi pendedahan mengenai operasi asas mikropengawal menggunakan komponen elektronik. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah: Aktiviti 1: Mengenali Adruino Aktiviti 2: Memasang Litar LED Berkelip Aktiviti 3: LED Beritma
Pengenalan Kepada Komunikasi Masa Nyata Peserta diberi pendedahan mengenai teknologi komunikasi masa nyata yang merupakan mod telekomunikasi di mana semua pengguna boleh bertukar-tukar maklumat serta-merta. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah: Aktiviti 1: Antena Sel Aktiviti 2: Penghantaran Mesej Melalui Gelombang Radio
Komunikasi Tanpa Wayar Berasaskan Angkasa Peserta didedahkan mengenai satelit yang merupakan komunikasi tanpa wayar berasaskan angkasa. Satelit ini adalah sebuah objek di ruang angkasa yang beredar mengelilingi bumi. Terdapat banyak satelit yang dilancarkan ke angkasa untuk pelbagai kegunaan. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah: Aktiviti 1: Simulator Celestia Aktiviti 2: Penjelajahan Astronomi
Internet dan Rangkaian Komunikasi Peserta didedahkan kepada penggunaan internet yang merupakan rangkaian-rangkaian yang dihubungkan dengan pelbagai teknologi rangkaian elektronik dan tanpa wayar. Aktiviti 1: Membina Laman Sesawang
Komunikasi Tanpa Wayar Pintar Peserta didedahkan kepada komponen utama rangkaian komunikasi tanpa wayar seperti Internet, WiFi, Bluetooth dan komunikasi selular. Aktiviti 1: Mengendalikan Perkakasan Rumah Menggunakan Bluetooth Aktiviti 2: Mengendalikan Kereta kawalan Jauh Menggunakan Bluetooth Aktiviti 3: Mengendalikan Perkakasan Rumah Melalui Sambungan Ethernet Aktiviti 4: Mengendalikan Perkakasan Rumah Melalui Sambungan WiFi