Pengenalan Pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) merupakan tunjang utama pembangunan sesebuah negara dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Namun, kaedah pengajaran tradisional sering kali berhadapan dengan kekangan dalam menangani kepelbagaian tahap pemahaman pelajar. Di sinilah Kepintaran Buatan (AI) muncul sebagai pemangkin inovasi yang bukan sahaja memudahkan urusan pentadbiran, malah mengubah landskap pedagogi secara drastik untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih dinamik, inklusif, dan efisien. Beberapa aspek seperti pembelajaran peribadi dan adaptif, pemerkasaan eksperimen melalui simulasi AI dan transformasi peranan pendidik dibincangkan secara ringkas. Pembelajaran Peribadi dan Adaptif Salah satu impak terbesar AI dalam Pendidikan STEM ialah keupayaannya untuk menyediakan pembelajaran adaptif. Kaedah pembelajaran ini ialah bertujuan untuk menyediakan pengajaran atau maklum balas secara langsung dan diperibadikan kepada pelajar, biasanya tanpa memerlukan kehadiran fizikal guru manusia. Cikgu akan dikenali cikgu peribadi digital. Sebagai contoh, dalam kelas sains atau matematik yang berbentuk traditional, guru mungkin sukar untuk memberikan perhatian khusus kepada setiap pelajar. Oleh itu sistem tutor pintar diperkenalkan ini mampu menganalisis corak pembelajaran pelajar secara masa nyata melalui algoritma AI. Sekiranya seorang pelajar sukar untuk memahami dengan konsep pengamiran dalam Kalkulus, AI dapat mengesan jurang kefahaman tersebut dan menyediakan latihan tambahan yang disasarkan khusus untuk kelemahan mereka. Sebaliknya, pelajar yang sudah mahir akan diberikan cabaran yang lebih kompleks. Pendekatan ini memastikan tiada pelajar yang ketinggalan dan setiap individu dapat berkembang mengikut rentak sendiri, sekali gus meningkatkan minat mereka terhadap subjek yang sering dianggap susah. Pemerkasaan Eksperimen Melalui Simulasi AI Dalam pendidikan STEM, latihan amali adalah sangat kritikal. Walau bagaimanapun, kekangan kos makmal, peralatan yang mahal, dan faktor keselamatan sering kekangan kepada pelajar. Namun, apabila AI digabungkan dengan realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR), membolehkan pelajar menjalankan eksperimen kimia yang berbahaya atau simulasi kejuruteraan yang rumit dalam persekitaran digital yang selamat. Sebagai contoh, pelajar boleh membedah anatomi digital atau menguji ketahanan struktur bangunan terhadap gempa bumi melalui perisian berkuasa AI. Alat ini memberikan maklum balas segera berdasarkan hukum fizik yang tepat, membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan tanpa risiko fizikal atau pembaziran bahan kimia. Transformasi Peranan Pendidik AI tidak hadir untuk menggantikan guru, sebaliknya berfungsi sebagai pembantu pintar. Tugas-tugas rutin seperti menyemak tugasan, peperiksaan dalam talian, penyediaan bahan bantu mengajar kini boleh dbantu oleh AI. Olen itu, masa dan guru dapat gunakan untuk menumpukan pada aspek yang lebih penting seperti bimbingan, pemikiran kritis, dan pembangunan kemahiran insaniah pelajar. Selain itu, AI juga membantu guru dalam menganalisis data pencapaian pelajar dan AI boleh meramalkan pelajar mana yang berisiko gagal dalam sesuatu subjek atau topik sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan intervensi awal dilakukan, seperti kelas bimbingan khusus, bagi memastikan kelestarian prestasi akademik pelajar. Kesimpulan Teknologi kepintaran buatan iaitu lebih popular dipanggil AI adalah penting dalam dunia pendidikan, khususnya pendidikan STEM. Meskipun teknologi AI ada banyak kelebihan, namun, pengintegrasiannya dalam Pendidikan STEM masih berdepan dengan cabaran. Salah satunya ialah isu jurang digital menjadi kebimbangan utama. Sekolah di kawasan pendalaman mungkin tidak mempunyai akses kepada infrastruktur teknologi yang diperlukan, ini akan menjarakan lagi jurang pendidikan. Selain itu, aspek etika berkaitan peniruan, penipuan, hak cipta, dan privasi data pelajar dan mestilah dipantau rapi agar teknologi ini tidak disalahgunakan atau menghasilkan keputusan yang tidak tepat dan dimanipulasi. Kita tidak boleh terlalu mempercayai dan bergantung sepunuhnya kepada AI sehingga kita tidak sedikit pun mengunakan akal kita untuk berfikir. Jika keadaan ini berterusan, neuron dalam otak kita tidak akan berkembang dan boleh memberikan kesan kepada kesihatan untuk jangkamasa panjang.