Dalam modul ini, pelajar akan meneroka tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti air dan keadaan yang memungkinkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang berlainan di persekitaran mereka. Mereka juga akan diperkenalkan ke profil tanah dan bagaimana penyelidikan situs dilakukan. Pelajar akan berpeluang merancang dan membina struktur, memahami prinsip reka bentuk di sebalik struktur dan merancang dan merancang sistem kitar semula dan pengurusan sampah mereka sendiri. Terakhir, mereka akan merancang dan membina sebuah bandar dan menguji kemampuan kota untuk menahan bencana alam.
Kejuruteraan Alam Sekitar Dalam sub unit ini, anda akan belajar tentang krisis air sedunia dan kepentingan air bersih dan mempelajari tentang proses pemantauan kualiti air oleh jurutera alam sekitar. Anda juga diberi peranan sebagai jurutera untuk membekalkan air minuman ke sebuah kampung di luar bandar. Anda perlu (i) mengawal dan menganggar kos bahan-bahan dengan teliti sepanjang proses, (ii) mengira kuasa dan kecekapan kos bagi prototaip yang dibina. Selain itu, anda juga akan mengetahui jumlah air yang digunakan setiap hari, belajar tentang rawatan air sisa dan sistem pelimbah (grey water), membina kincir air dan mengira kuasa yang dihasilkan oleh kincir air tersebut. Aktiviti 1: Air dan Kehidupan Aktiviti 2: Kesedaran terhadap kepentingan sungai Aktiviti 3: Pam Air Aktiviti 4: Kitar semula dan rawatan air Aktiviti 5: Kuasa, kerja dan kincir air
Tanah dan Pembangunan Anda akan belajar tentang satu kaedah yang digunakan dalam penilaian tapak sekitaran dan memahami kepentingan untuk memahami komponen tanah sebelum membina sesuatu struktur. Anda juga akan mempelajari konsep tegasan sentuh dan aplikasinya dalam kejuruteraan. Aktiviti 1: Persampelan teras tanah Aktiviti 2: Kejuruteraan tanah Aktiviti 3: Tegasan sentuh
Pembinaan ke Arah Masa Depan Anda akan membina menara dengan menggunakan beberapa teknik yang telah dipelajari mengenai kejuruteraan struktur. Anda juga dikehendaki untuk mereka bentuk dan membina menara yang paling tinggi dan stabil, serta mampu menahan daya/beban angin lateral dengan menggunakan surat khabar. Dalam aktiviti ini akan belajar bahawa frekuensi semula jadi sesuatu sistem bergantung kepada dua faktor iaitu kekakuan dan jisim sistem. Aktiviti 1: Menara balsa Aktiviti 2: Menara surat khabar Aktiviti 3: Bangunan dan frekuensi semula jadi
Kitar Semula dan Pengurusan Sisa Dalam sub unit ini anda perlu mereka bentuk model tapak pelupusan sampah yang mampu menampung jumlah sampah yang besar, mempunyai kos pembinaan yang minimum dan tidak mudah bocor bagi mengelakkan kemusnahan alam sekitar. Dalam aktiviti ini, cabaran yang dihadapi oleh jurutera alam sekitar adalah semasa mencantumkan liner untuk membina tapak pelupusan sampah sebenar yang seluas beberapa ekar. Aktiviti 1: Mereka bentuk tapak pelupusan sampah Aktiviti 2: Menilai keberkesanan model pelapik tapak pelupusan sampah
Bencana Alam Dalam sub unit ini, nda perlu membina bandar yang dibina kemudiannya disimulasikan dengan bencana gempa bumi bagi menentukan struktur kiub (bangunan) yang paling tahan terhadap gegaran gempa. Dalam aktiviti berikutnya, anda perlu membuat ramalan, pemerhatian dan kesimpulan tentang kestabilan bangunan di pesisir sungai dan mengesyorkan bagaimana untuk mengurangkan kemusnahan bangunan akibat hakisan sungai. Aktiviti 1: Pembinaan bandar gempa bumi Aktiviti 2: Hakisan sungai? Sedarkan saya!