Modul ini akan merangkumi undang-undang gerakan universal Sir Isaac Newton, dinamika iklim dan mekanisme yang mendasari pemanasan global, pentingnya penyimpanan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui dalam grid pintar, pembinaan peranti penyimpanan tenaga, gambaran asas mengenai pelbagai jenis tenaga boleh diperbaharui pada skala makro, dan ekosistem semula jadi global yang merangkumi cara pintar yang diamalkan oleh haiwan untuk menjimatkan dan menggunakan tenaga.
Hukum Newton Peserta diberi pendedahan mengenai fungsi tenaga dan daya yang bertindak ke atas objek. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah: Aktiviti 1: Payung Terjun Aktiviti 2: Roket Belon
Asas Elektrik dan Hukum Ohm Peserta diberi pendedahan mengenai konsep asas elektrik yang merangkumi Hukum Ohm iaitu voltan, arus elektrik dan rintangan. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah: Aktiviti 1: Menyala Ke Tak?? Aktiviti 2: Litar Flasher
Hukum Faraday Peserta didedahkan kepada sifat magnet dan aplikasinya. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah: Aktiviti 1: Kemagnetan
Persekitaran Global Peserta didedahkan kepada kesan peningkatan suhu bumi yang disebabkan oleh aktiviti manusia dan secara semulajadi. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah: Aktiviti 1: Ujian Kesan Rumah Hijau Aktiviti 2: Membuat Hujan di dalam Botol
Kelestarian di Dalam Penjanaan Kuasa Peserta didedahkan kepada penghasilan sumber tenaga dari bahan-bahan yang terdapat di sekitar peserta. Kaedah ini bagi membuka minda peserta terhadap sumber tenaga alternatif yang mampu dihasilkan menggunakan kreativiti peserta. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah: Aktiviti 1: Sel Bahan Api Hidrogen Aktiviti 2: Bateri Bio
Tenaga Keterbaharuan Peserta didedahkan kepada sumber tenaga semulajadi yang boleh diperbaharui.Tenaga keterbaharuan merupakan salah satu sumber tenaga alternatif yang mampu memenuhi keperluan sumber tenaga seharian. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah: Aktiviti 1: Fabrikasi Panel Suria Aktiviti 2: Hidroelektrik Mini Aktiviti 3: Kereta Lumba Suria
Biomimikri Peserta didedahkan kepada konsep biomimikri yang merupakan satu konsep untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia dengan mengambil inspirasi dari pergerakan benda hidup di sekeliling. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah: Aktiviti 1: Mereka Bentuk dan Fabrikasi Robot Biomimetik