Pusat Kajian Pembudayaan STEM ditubuhkan hasil daripada penjajaran semula struktur organisasi Fakulti Pendidikan pada tahun 2017 dalam usaha untuk memperkasakan fakulti dalam bidang penyelidikan serta memantap tadbir urus. Pusat ini memfokus kepada pengemblengan dan penyelarasan usaha ke arah pembudayaan STEM dalam konteks menghasilkan suatu masyarakat yang progresif, dinamik, saintifik, dan inovatif berteraskan Sains dan Teknologi. Penyelidikan menjadi teras kepada Pusat Kajian Pembudayaan STEM ini. Dalam memastikan visi dan misi pusat sejajar dengan matlamat dan Pelan Strategik Sains dan Teknologi negara, bidang-bidang keutamaan baru turut ditumpukan dalam skop penyelidikan, pengajaran dan khidmat yang dirancangkan. Bidang-bidang keutamaan tersebut dirangkumkan kepada tiga kluster penyelidikan yang utama iaitu:-
